Pelabuhan Tanjung Pelepas cipta rekod kendali kontena

7 JAN: Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd (PTP) mencipta rekod baharu apabila mencapai jumlah kendalian kontena melebihi 11 juta unit bersamaan 20 kaki (TEUs) di negara ini.

Rekod itu dicatatkan kira-kira jam 10 pagi pada 25 Disember tahun lalu sekali gus mencatatkan nama PTP sebagai salah satu daripada 15 pelabuhan tersibuk di dunia dan tersenarai top 5 bagi pengendali pelabuhan tunggal di dunia.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, jumlah yang direkodkan itu sekali gus menyaksikan PTP berjaya mencapai nilai pertumbuhan sebanyak 14 peratus berbanding 9.8 juta TEUs pada tahun 2020.

Katanya, nilai berkenaan dilihat sebagai satu jumlah yang signifikan terutama ketika negara dan seluruh dunia berdepan dengan pandemik COVID-19 dan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

PTP terus mencatatkan pencapaian terbaik sekali gus diiktiraf sebagai 15 pelabuhan tersebut di dunia.

“Ketika pelabuhan-pelabuhan lain di seluruh dunia masih kurang stabil akibat pelbagai isu seperti operasi perniagaan terjejas akibat pandemik COVID-19 yang berterusan, namun berjaya memperoleh hasil yang baik, selain menunjukkan tahap pencapaian yang tinggi dalam mengharungi cabaran ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Meraikan Pencapaian PTP 2021 di Tanjung Pelepas, Johor Bahru hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan Ketua Pegawai Eksekutif PTP, Marco Neelsen.

Ka Siong berkata, pertumbuhan PTP yang luar biasa selama ini jelas menunjukkan nilai tambah sektor maritim kepada kesejahteraan ekonomi Malaysia serta kepentingan ekonomi perdagangan kepada negara.

Beliau berkata, PTP juga telah mencatatkan beberapa pencapaian lain sepanjang tahun 2021, termasuk berjaya mencapai daya pengeluaran volum tahunan pertama sebanyak 10 juta TEU; menjadi pelabuhan pertama di Asia Tenggara yang menerima kunjungan kapal kontena terbesar dunia, Evergreen Ever Ace; dan menerima kunjungan kapal kontena LNG terbesar dunia, CMA CGM Jacques Saade.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles