JAWA TENGAH – Seorang wanita membunuh anaknya yang sedang nyenyak tidur dengan cangkul dan bongkah batu kerana mangsa sering mencuri di kawasan perumahannya di Sragen.
Wanita berusia 64 tahun itu menyerang mangsa, 42, yang tidur di beranda rumahnya di Desa Sidoharjo menghempas sebongkah batu berulang kali yang diambil di halaman rumah sehingga mangsa tidak sedarkan diri.
Tidak cukup dengan itu, mangsa turut dipukul dengan cangkul.
Jawa Post melaporkan, akibat serangan itu, mangsa maut akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Lelaki itu disahkan meninggal dunia dalam keadaan mengerikan berlumuran darah.
Tertuduh kemudian mengikat mayat mangsa dan membungkusnya dengan tikar untuk dibuang ke sungai berhampiran malah turut meminta bantuan tetangga.
Namun, penduduk kampung menolak permintaan wanita itu dan terus membuat laporan polis.
Pegawai Perhubungan Awam Polis Sragen, Ari Pujiantoro mengesahkan kejadian itu.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Moewardi Solo untuk dibedah siasat.
Suspek diberkas pihak polis dan beberapa barang bukti seperti ketulan batu, cangkul yang sudah patah, dua telefon bimbiti turut dirampas.