GOMBAK – Gara-gara mengugut ingin menyebarkan gambar lucah bekas kekasih, seorang lelaki yang juga ikon permotoran ditahan polis semalam.
Tangkapan itu dibuat selepas mangsa membuat laporan polis.
Penahanan suspek disahkan Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir.
“Suspek ditahan untuk siasatan selepas selepas polis menerima laporan dibuat mangsa.
“Suspek direman empat hari bermula hari ini hingga 13 Disember ini bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.