fbpx

Messi lebih ‘hebat’ daripada Pele

8 DIS: Lionel Messi merampas status legenda Brazil, Pele selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman Amerika Selatan apabila menjaringkan sebanyak 757 gol.

Bintang Argentina itu mencipta sejarah berkenaan apabila menjaringkan dua gol ketika membantu Paris Saint Germain (PSG) menewaskan Club Brugge 4-1 dalam aksi Kumpulan A Liga Juara-Juara di Le Parc des Princes.

Messi meledak jaringan pertama yang ke-757 pada minit ke-38 bagi menyamai jaringan Pele sebelum dia menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-76 untuk jaringan ke-758.

Bekas tonggak berprofil tinggi Barcelona berusia 34 tahun itu menjaringkan gol ketiga dan keempat untuk Les Parisiens kendalian Mauricio Pochettino dengan dua gol lagi diterjemahkan Kylian Mbappe.

Dua gol itu yang terhasil di bumi Perancis itu menyaksikan Messi kini berstatus penjaring kedua terbanyak sepanjang zaman di belakang tonggak berpengaruh, Manchester United, Ronaldo yang telah mencetak 801 gol.

Untuk rekod, bintang Portugis itu sebelum ini menjaringkan gol ke-800 dan 801 ketika membantu The Red Devils menewaskan Arsenal 3-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford dengan pemain berusia 36 tahun itu meledak 686 gol peringkat kelab dan 115 gol peringkat antarabangsa bersama Portugal.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles