Vaksin Pfizer gagal lindungi sebahagian daripada Omicron

8 DIS: Hasil kajian menunjukkan sebahagian varian Omicron boleh mengelak daripada perlindungan imuniti vaksin COVID-19 Pfizer Inc dan BioNTech.

Ketua penyelidik makmal Institut Penyelidikan Kesihatan Afrika di Afrika Selatan Alex Sigal berkata terdapat penurunan yang sangat besar dalam peneutralan varian Omicron berbanding strain lebih awal.

Menurutnya, makmal itu menjalankan ujian darah 12 individu yang menerima vaksin Pfizer/BioNTech, menurut manuskrip yang disiarkan di laman web untuk makmalnya. Data awal dalam manuskrip masih belum menjalani kajian semula setara (peer review).

Darah lima daripada enam individu yang diberi vaksin serta sebelum ini dijangkiti COVID-19 masih meneutralkan varian Omicron, kata manuskrip itu.

Selain itu, mereka memerhatikan penurunan 41 kali ganda dalam tahap antibodi peneutralan terhadap varian Omicron.

Menurut Sigal angka itu mungkin akan diselaraskan selepas makmalnya melakukan lebih banyak eksperimen.

Varian Omicron, yang pertama kali dikesan di selatan Afrika bulan lalu mencetuskan kebimbangan di seluruh dunia mengenai satu lagi lonjakan jangkitan, dengan puluhan negara dari Jepun ke AS melaporkan kes varian berkenaan.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles