fbpx

Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Keluarga Malaysia ditubuh

8 DIS: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan penubuhan Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Keluarga Malaysia di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini.

Beliau berkata, penubuhan pusat itu berupaya menginstitusikan ‘Keluarga Malaysia’ dengan menjadi hab penyelidikan, pendidikan, latihan dan penyebaran ilmu.

“Bagi menerajui penyelidikan dan mempromosikan konsep keluarga Malaysia, suka saya umumkan penubuhan Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Keluarga Malaysia.

“Saya mahu pusat ini ditempatkan di sini iaitu di UPSI, sesuai dengan jolokan sebagai institusi ulung yang membawa perubahan dalam pengembangan pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Keluarga Malaysia@IPT di Dewan Tuanku Cancelor Kampus Sultan Azlan Shah UPSI di Tanjung Malim hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles