fbpx

Positif COVID-19 selepas digigit tikus

11 DIS: Seorang pekerja di makmal berkeselamatan tinggi disahkan positif COVID-19 dipercayai digigit tikus, sekali gus menjadi kes tempatan pertama di Taiwan dalam tempoh lebih sebulan.

Menteri Kesihatan, Chen Shih-chung, berkata wanita berusia 20-an itu positif COVID-19 minggu ini, selepas bersentuhan dengan virus itu ketika bekerja di institut penyelidikan terkemuka Taiwan, Academia Sinica, pertengahan bulan lalu.

Menurutnya, pesakit tidak ke luar negara baru-baru ini, dan sudah menerima dua dos vaksin Moderna.

Pihak berkuasa Taiwan percaya kes tersebut mungkin dijangkiti varian Delta.

Pada sesi taklimat sama, seorang pegawai kanan virus, mengesahkan laporan media tempatan mendakwa dia digigit tikus makmal dijangkiti COVID-19, selain menjelaskan siasatan lanjut dibuat bagi menentukan sama ada gigitan itu adalah punca penularan.

Kebocoran makmal mengancam pembatalan kejayaan Taiwan dalam membasmi COVID-19 dan menggariskan kesukaran menghapuskan patogen, matlamat di beberapa tempat, termasuk sasaran di tanah besar China dan Hong Kong.

Pihak berkuasa kesihatan mengenal pasti 94 orang yang mempunyai kontak rapat dengan pekerja makmal itu sejak dijangkiti, terutamanya rakan sekerja dan kawan rapat dan mengarahkan mereka dikuarantin dengan 80 daripada mereka disahkan negatif, selain kes meletakkan jawatannya awal bulan ini.

Kes tempatan terakhir disahkan pada 5 November lalu dan Taiwan melaporkan lebih 14,500 kes tempatan COVID-19 dengan 848 kematian sejak permulaan pandemik.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles