fbpx

Tabung Haji siasat dakwaan jemaah tipu status kesihatan

3 JULAI: Kerajaan mengarahkan Lembaga Tabung Haji (TH) untuk menyiasat dakwaan yang mengatakan terdapat bakal jemaah haji yang menipu status kesihatan mereka untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu pada tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pihaknya sudah menyerahkan perkara itu kepada TH dan siasatan awal perlu dijalankan untuk memastikan dakwaan tersebut benar atau sebaliknya.

Menurutnya, perkara tersebut kini sudah berada dalam pengetahuan pihak berwajib dan kerajaan sudah mengarahkan TH untuk menyiasat mengenai dakwaan itu.

“Setakat ini, perkara itu masih belum dapat disahkan kebenarannya dan kita sedang menunggu maklum balas daripada TH.

“Saya tidak menolak kemungkinan faktor cuaca di tanah suci menyumbang kepada kesihatan jemaah terganggu,” katanya di Kota Bharu hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu, beliau menasihatkan jemaah yang sudah atau bakal berlepas ke Mekah agar menyediakan bekalan ubat yang secukupnya bagi mengelak sebarang kemungkinan kelak.

Katanya, bekalan ubat-ubatan itu diharap dapat menjamin tahap kesihatan jemaah agar sentiasa berada dalam jeadaan baik sekali gus dapat mengerjakan ibadah haji dengan sempurna.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles