fbpx

Minum air suci, ahli politik India terlantar di hospital akibat jangkitan kuman

NEW DELHI – Kempen membersihkan sungai dan longkang membawa padah kepada seorang ahli politik India apabila dikejarkan ke hospital akibat jangkitan kuman dalam perut.

Penyakit itu didapatinya selepas meneguk air ‘suci’ dari sebatang sungai tercemar di Sutanpur Lodhi, lapor akhbar Metro News UK kelmarin.

Ketua Menteri Punjab, Bhagwant Mann dimasukkan ke sebuah hospital di Delhi tiga hari selepas meminum air Sungai Kali Bein pada Ahad minggu lalu.

Semasa lawatannya, Bhagwant mengumumkan pelancaran kempen membersihkan sungai dan longkang di seluruh negeri Punjab.

Ketika itu, dia meminum air sungai tersebut sempena ulang tahun ke-22 pembersihannya daripada  sebarang pencemaran.

Beliau diletakkan di bawah pemerhatian oleh pasukan pakar perubatan selama dua hari sebelum dibenarkan keluar pada Khamis lepas. – Agensi

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles