fbpx

Faizal Saari sertai kelab Belanda

Penyerang sensasi skuad hoki negara, Faizal Saari mencipta sejarah apabila menjadi pemain Malaysia pertama akan beraksi dalam liga utama Belanda, Hoofdklasse selepas terpilih untuk menyarung jersi kelab hoki, ZSV Schaerweijde.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak berkata, Faizal akan berlepas ke Belanda, Khamis ini.

Katanya, pemain berusia 31 tahun itu terpilih berdasarkan aksi cemerlangnya dan akan menandatangani kontrak selama 10 bulan dengan Schaerweijde yang dinaikkan pangkat ke liga utama musim ini.

“Liga di Belanda akan berhenti pada November, jadi Faizal akan pulang untuk menyambung latihan bersama pasukan kebangsaan di bawah bimbingan jurulatih Arul Selvaraj dan akan juga bermain di Liga Negara-Negara serta beraksi bersama pasukan Terengganu Hockey Team (THT) di Liga Hoki Malaysia.

“Faizal akan dibekalkan sistem GPS oleh jurulatih kecergasan, Tom Drowley untuk memantau prestasinya semasa beraksi di Liga Hoofdklasse,” katanya hari ini.

Sementara itu, Faizal yang pernah beraksi beberapa kali di liga dekat luar negara termasuk di Australia, Jerman dan India mengakui teruja untuk beraksi di Belanda.

“Kita tahu liga di sana tempo permainnya sangat tinggi dan bagus untuk saya serta pasukan kebangsaan,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles