fbpx

8 maut, 11 cedera akibat bilik pameran e-skuter terbakar di India

NEW DELHI – Kebakaran sebuah bilik pameran skuter elektrik (e-skuter) mengorbankan sekurang-kurangnya lapan orang dan 11 lagi cedera di India semalam.

Menurut polis, kebakaran yang berlaku di bandar selatan Secunderabad itu itu dipercayai bermula di tingkat bawah bangunan hotel yang menempatkan bilik pameran dengan puluhan e-skuter.

Bagaimanapun kebakaran berjaya dipadamkan dan pihak polis sedang menjalankan siasatan.

“Siasatan awal mendapati wujudnya masalah pada sel dan model bateri yang menjadi antara punca utama kebakaran itu berlaku,” katanya.

Kebanyakan mangsa terkorban dalam kebakaran itu adalah pengunjung hotel yang maut akibat terhidu asap.

Pasukan polis dan bomba menggunakan kren serta peralatan lain untuk menyelamatkan pelanggan hotel yang terkandas di tingkat atas bangunan empat tingkat itu.

“Mereka yang menginap di tingkat satu dan dua diselubungi asap serta ramai yang maut adalah dari tingkat berkenaan,” kata Ketua Polis bandar berhampiran Hyderabad, CV Anand.

Katanya, polis masih sedang menyiasat pengedar dan jenama skuter terbabit.

Perdana Menteri, Narendra Modi, menyuarakan kesedihan atas kematian terbabit dan menjanjikan pampasan kepada keluarga mangsa. – REUTERS

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles