fbpx

Pasangan warga emas tembak isteri sebelum tembak diri sendiri

JERANTUT – Seorang lelaki warga emas bertindak di luar batasan apabila menembak isterinya sebelum menembak diri sendiri di Kampung Machang Raja Labu di sini pagi tadi.

Sebelum kejadia itu, pasangan tersebut bertengkar dipercayai berkaitan agihan wang hasil jualan tanah.

Ketua Polis Daerah Superintendan Mazlana Hassan berkata, polis menerima maklumat kejadian bunuh dan bunuh diri yang berlaku kira-kira jam 7.30 pagi ini.

Beliau berkata, pesara Pejabat Perhutanan Jerantut, Baharuddin Abdul Aziz, 73, dipercayai menembak isterinya, Maimun Nong, 67, juga pesara Pejabat Perhutanan Jerantut.

“Penghuni rumah berdekatan terdengar dua das tembakan dan wanita minta tolong kerana cedera ditembak.

“Jiran membawa wanita itu ke Hospital Jerantut dan mangsa meninggal di Hospital Jerantut,” katanya.

Katanya, suami wanita itu mempunyai lesen senjata api dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, penyewa inap desa milik pasangan berkenaan, Ahmad Yassin Abdul Rahman, 52, berkata beliau mendengar letupan dan beberapa minit kemudian terdengar satu lagi letupan.

“Saya pergi ke rumah berkenaan untuk melihat apa yang berlaku.

“Saya melihat seorang perempuan terbaring sambil minta tolong dan saya mengangkatnya untuk dibawa ke hospital,” katanya.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles