fbpx

Air pasang besar, jauhi kawasan pantai Kuala Langat bermula esok

KAJANG – Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menasihatkan orang ramai untuk mengelak berada dan melakukan sebarang aktiviti di kawasan pantai di Kuala Langat bermula esok.

Ia berikutan fenomena air pasang besar dijangka melanda daerah berkenaan.

Justeru, MPKL memaklumkan, beberapa pantai iaitu Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib, Pantai Batu Laut, Pantai Cunang dan Jeti Tanjong Sepat akan ditutup kepada orang awam sehingga Khamis ini.

“Sebarang aktiviti seperti mandi, berkhemah, berkelah, memancing, menaiki bot dan berniaga tidak dibenarkan di kawasan terbabit sepanjang tempoh tiga hari ini,” kata MPKL menerusi Facebook.

Derdasarkan ramalan air pasang besar, daerah Kuala Langat dijangka merekodkan ketinggian 5.3 meter pada jam 6.52 pagi Selasa (esok) diikuti 5.4 meter pada jam 7.53 pagi Rabu dan 5.3 meter pada jam 6.42 pagi pada Khamis.

Dalam pada itu, orang ramai boleh menghubungi Skuad Pantas MPKL menerusi talian 012-3004256 untuk sebarang pertanyaan lanjut dan aduan berkaitan fenomena berkenaan.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles