fbpx

118 mangsa scam jualan iPhone 14 dalam talian, rugi lebih RM1 juta

SINGAPURA – Populariti gajet popular seperti iPhone 14 mendedahkan orang ramai untuk menjadi mangsa penipuan ‘scam’.

Justeru, orang ramai diingatkan untuk berhati-hati dan jangan mudah terperdaya dengan tawaran iklan yang terlalu menarik kerana ia berkemungkinan taktik penipuan.

Polis Singapura mendedahkan sekurang-kurangnya 118 individu menjadi mangsa ‘scam’ berhubung penjualan iPhone sepanjang minggu pertama bulan ini, membabitkan kerugian mencecah RM1.27 juta.

Menurut polis Singapura, orang ramai perlu melaksanakan langkah pencegahan jenayah seperti membeli produk elektronik hanya melalui penjual sah atau yang memiliki reputasi.

Selain itu, pengguna disaran menggunakan pilihan pembayaran yang hanya meluluskan bayaran selepas menerima barangan dibeli serta mengelak daripada membuat bayaran awal atau pindahan wang kepada penjual.

Pada masa sama, pengguna perlu berhati-hati dengan ‘scammer’ yang mengemukakan tawaran luar biasa jika bayaran dibuat secara terus kepada mereka.

Orang ramai juga diingatkan jangan terpedaya dengan taktik di mana ‘scammer’ menunjukkan maklumat peribadi mereka bagi membuktikan kononnya mereka ada penjual sah. – AGENSI

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles