fbpx

Tilit-Tilit Cinta drama dialek Sarawak pertama masuk Netflix

DRAMA Tilit-Tilit Cinta mencipta sejarah apabila menjadi drama dialek Sarawak pertama ditayangkan menerusi platform penstriman, Netflix, baru-baru ini.

Pengarah Urusan MyContent Distribution, Lyn Nasihin berkata, matlamat utama pihaknya adalah untuk mengembangkan industri kreatif dengan mengedarkan karya tempatan ke platform penstriman global.

“Ia juga bertujuan menggalakkan lebih syarikat produksi tempatan menghasilkan karya yang boleh menembusi pasaran tontonan antarabangsa seperti drama Tilit-Tilit Cinta,” katanya yang juga anak jati Sarawak.

Diedarkan MyContent Distribution, drama bersiri 13 episod terbitan Vian Media itu adalah adaptasi teater Latiff vs Maryam, karya asal Arshad Adam.

Pembikinan drama bersiri berkenaan dibiayai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menerusi Dana Kandungan Digital (DKD).

Tilit-Tilit Cinta antara sembilan penerima DKD melalui program TVS Pitch It Siri 1/2020. Ia juga sudah ditayangkan menerusi TVS (saluran 122) Astro dan MYTV, tahun lalu.

Drama arahan Josh Nawan mengetengahkan kisah percintaan romantik dan komedi, Ujang dan Merry lakonan Haziq Fadhullah dan Dee Dee A’iene.

Selain itu, Tilit-Tilit Cinta turut dibintangi Kahar Jini, Yana Melanos dan Javenson Serit.

Kesemua pelakon, penyanyi dan komposer mengetengahkan bakat anak jati Sarawak.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles