fbpx

Kanak-kanak maut terjatuh dari kerusi bayi ketika makan di restoran

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia selepas kerusi bayi yang diduduki terjatuh dan kepalanya terhentak pada lantai di sebuah restoran dekat Taman Sutera di sini, petang semalam.

Ketika kejadian jam 3 petang, kanak-kanak itu dikatakan makan bersama keluarganya di restoran berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah, berkata siasatan awal mendapati, mangsa menolak meja menggunakan kakinya menyebabkannya terjatuh bersama kerusi bayi berkenaan.

“Ketika terjatuh, kepala kanak-kanak itu terhentak pada lantai dan mangsa menangis sebelum pengsan.

“Kejadian disaksikan pekerja restoran terbabit sebelum bapa kanak-kanak itu bergegas membawanya ke klinik swasta, namun dinasihatkan doktor untuk dihantar terus ke hospital berikutan keadaannya dilihat serius,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bapa mangsa kemudian membawanya ke sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas.

Mayat kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles