fbpx

Ibu bapa tidak sedar anak di belebas tingkap

KUALA LUMPUR – Ibu bapa kepada dua kanak-kanak di kediaman kondominium di Setapak, di sini dikatakan tidak menyedari anak mereka berada di belebas tingkat walaupun berada di rumah ketika kejadian.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata ibu bapa kanak-kanak terbabit sudah dipanggil untuk dirakam percakapan oleh pegawai penyiasat dan dibenarkan pulang, tengah malam tadi.

“Hasil siasatan awal mendapati ketika insiden, ibu bapa kanak-kanak terbabit berada di dalam rumah tetapi dikatakan tidak menyedari kejadian yang berlaku.

“Satu laporan polis dibuat oleh pegawai penyiasat D11, semalam, sebelum siasatan lanjut dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kejadian itu membabitkan anak mereka yang berusia empat dan dua tahun.

Ashari berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak (2001) yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu, boleh menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju melalui talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur (03-21159999) atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Beliau berkata, polis menasihati ibu bapa supaya tidak meninggalkan anak kecil bersendirian tanpa pengawasan kerana perbuatan itu boleh dianggap sebagai kecuaian mengikut Akta Kanak-kanak.

Semalam, polis dilaporkan sedang mengesan ibu bapa atau penjaga dua kanak-kanak yang dilihat berada di belebas tingkap sebuah unit kediaman kondominium di Setapak, susulan tular rakaman video berdurasi 10 saat menunjukkan kejadian mencemaskan itu.

Berdasarkan rakaman video itu, kanak-kanak berkenaan juga dilihat seolah-olah cuba melompat di belebas tingkap berkenaan. Kanak-kanak terbabit bagaimanapun dilaporkan selamat.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles