fbpx

Israel serang berhampiran Damascus, serang ketiga dalam tempoh seminggu

DAMASCUS – Dalam tempoh seminggu, Israel melakukan tiga serangan di beberapa kawasan berhampiran Damsyik dan terbaharu awal pagi ini, kata Kementerian Pertahanan Syria.

Wartawan AFP melaporkan, letupan kedengaran di ibu negara Syria pada malam Rabu hingga Khamis.

“Kira-kira jam 12.30 tengah malam, Israel melakukan pencerobohan udara dari arah wilayah Palestin yang diduduki, dengan menyasarkan beberapa kedudukan di sekitar Damsyik,” kata Kementerian Pertahanan Syria dalam satu kenyataan.

Kementerian itu berkata, pertahanan udara Syria memintas beberapa peluru berpandu, bagaimanapun tidak memberikan sebarang butiran mengenai sasaran dan hanya menyatakan serangan menyebabkan kerosakan harta benda.

Kumpulan pemantau yang berpangkalan di Britain, Syrian Observatory for Human Rights, berkata Israel menyerang tapak yang disasarkan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.

Tidak jelas sama ada sasaran mereka adalah kedudukan tentera Syria atau pejuang pro Iran.

Isnin lalu, Israel menyerang sekitar Damsyik dan mencederakan seorang askar selepas serangan tiga hari sebelum itu menyasarkan tapak tentera Syria berhampiran lapangan terbang.

Israel melancarkan ratusan serangan udara ke atas wilayah Syria sejak perang saudara meletus di negara itu pada 2011.

Sasaran Israel ialah kedudukan kerajaan dan tentera sekutu yang disokong Iran serta pejuang Hizbullah. – AFP

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles