fbpx

Bas bawa 60 pelajar universiti terbalik

IPOH – Sebuah bas membawa kira-kira 60 pelajar universiti dipercayai terbabas sebelum terbalik di Jalan Slim Lama, Tanjung Malim, lewat petang tadi.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira jam 7 petang.

“Kemalangan membabitkan bas terbabas sendiri selepas Simpang Kota Malim Prima. Siasatan awal mendapati 11 penumpang termasuk pemandu cedera ringan dan dibawa ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, punca kejadian masih dalam siasatan dan perkembangan kes akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim, Mohd Zairul Fahmi Mohd Nazari ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya telah ke lokasi kejadian bagi kerja menyelamat.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles