fbpx

Empat sekeluarga maut dua kenderaan bertembung

ALOR GAJAH – Empat sekeluarga maut manakala seorang lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Simpang Tiga, Jalan Kolam, Machap di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi tadi, mangsa Ibrahim Daud, 71, isterinya Latipah Dorahim, 66, menantu Syazana Tharin, 30, serta cucu, Yusuf Daniel Muhammad Izwan, 5, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Difahamkan, kesemua mangsa yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima dalam perjalanan ke Langkawi bagi meraikan warga emas, Ibrahim Daud yang menyambut tarikh kelahirannya hari ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, berkata siasatan di tempat kejadian mendapati pikap yang datang dari arah Durian Tunggal menghala ke Selandar, manakala MPV itu dari arah Selandar ke Alor Gajah.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pikap itu membelok ke kanan simpang dan pada masa sama datang MPV dinaiki enam beranak itu yang sedang meneruskan perjalanan.

“MPV cuba mengelak ke arah kanan dan membrek sejauh lima meter tetapi gagal dan melanggar pikap di bahagian kiri hadapan.

“Pelanggaran menyebabkan Ibrahim meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu dan semua penumpang lain dibawa ke Hospital Alor Gajah (HAG) untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Arshad berkata, tiga mangsa lain iaitu Latipah, Syazana dan Yusuf Daniel disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di HAG.

Katanya, jenazah mangsa diserahkan kepada pihak HAG untuk proses bedah siasat dan kenderaan ditahan untuk pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

“Pemandu MPV tidak cedera manakala seorang lagi anaknya, Aniq Fahim parah di kepala dan dirawat di Zon Merah, Hospital Melaka,” katanya.

Beliau berkata, pemandu jip ditahan kira-kira jam 11 pagi ketika memberi keterangan di Balai Polis Trafik Alor Gajah dan ujian air kencingnya negatif dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1978,” katanya.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles