fbpx

Ratusan penumpang kapal persiaran positif COVID-19

SYDNEY – Ratusan penumpang sebuah kapal persiaran dikesan positif COVID-19 ketika berlabuh di bandar ini kelmarin.

Memetik laporan CNN Travel, Presiden Carnival Australia, Marguerite Fitzgerald memaklumkan kes wabak disedari selepas kapal persiaran Majestic Princess belayar kira-kira separuh perjalanan 12 hari itu.

“Selepas ujian besar-besaran dilakukan terhadap 3,300 penumpang, dianggarkan 800 disahkan positif COVID-19, begitu juga dengan sebilangan kecil anak kapal,” katanya.

Kapal persiaran itu dinaiki 4,600 penumpang beserta anak kapal.

Menurut wakil syarikat Princess Cruises, Briana Latter, kesemua kes positif adalah bergejala ringan atau tanpa gejala dan mereka kemudiannya diasingkan di dalam bilik, terpisah daripada penumpang yang tidak terjejas.

Carnival Australia, sebuah syarikat persiaran global, adalah anak syarikat Princess Cruises.

Pengendali pelayaran secara berasingan mengiringi mereka yang dijangkiti keluar dari kapal dan menasihati mereka untuk menyelesaikan tempoh pengasingan selama lima hari.

Dalam pada itu, Pusat Kesihatan New South Wales (NSW Health) memaklumkan, penumpang dengan keputusan negatif turut dibenarkan meninggalkan kapal.

“Carnival memaklumkan kepada NSW Health bahawa pihaknya membantu penumpang yang dijangkiti untuk mengatur perjalanan yang selamat selepas meninggalkan kapal,” tambah kenyataan itu.

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan New South Wales merekodkan sebanyak 19,800 kes baharu COVID-19 dan 22 kematian minggu lalu.

Kapal persiaran Majestic Princess kemudiannya berlepas dari Sydney dan meneruskan pelayaran seterusnya ke Melbourne dan Tasmania. – AGENSI

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles