fbpx

Amaran banjir kilat, ribut petir bermula hari ini

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran risiko banjir kilat serta ribut petir di beberapa negeri di Semenanjung dan Sarawak dalam tempoh 24 jam bermula hari ini.

MetMalaysia menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) hari ini memaklumkan hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di Pulau Pinang iaitu Nibong Tebal, Bukit Mertajam, Butterworth dan beberapa mukim sekitar negeri itu.

Hujan lebat dan ribut petir turut dijangka berlaku di beberapa lokasi berisiko di sekitar Kerian, Larut, Matang dan Selama serta Manjung di Perak, manakala di Kedah pula membabitkan kawasan Kuala Muda, Bandar Baharu dan Kulim.

Di Sarawak pula membabitkan kawasan Limbang, selain diramal penumpuan angin di barat dan tengah negeri itu dalam tempoh 16 hingga 18 November yang berpotensi menyebabkan ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang pada sebelah petang hingga malam. – Bernama

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles