fbpx

Bayi lelaki ditinggalkan di depan pintu rumah tanpa pakaian

PUTRAJAYA – Seorang bayi lelaki ditemukan hanya memakai lampin pakai buang berdekatan pintu rumah penduduk di Saujana Impian, Kajang pada 17 November lalu.

Bayi yang ditinggalkan di atas kerusi itu dianggarkan berusia tujuh hingga 10 hari ketika ditemui sekitar 6.45 petang.

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat momohon kerjasama orang ramai untuk mengesan ibu kandung dan waris kepada bayi berkenaan.

Pelindung Kanak-Kanak, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat, Nur Shafizza Abu Bakar berkata, ketika ini bayi berkenaan ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah perintah mahkamah mengikut Seksyen 25 (2) Akta Kanak-Kanak 2001 sejak 8 Disember lalu.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berhubung ibu kandung dan waris bayi berkenaan diminta menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat untuk tindakan lanjut,” katanya.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles