fbpx

Tanah runtuh: 3 warga Singapura disahkan selamat

PUTRAJAYA – Wisma Putra mengesahkan tiga warga Singapura terselamat dalam dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, awal pagi semalam.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, memaklumkan ketiga-tiga warga Singapura itu ditemui selamat dalam usaha mencari dan menyelamat (SAR) yang digerakkan pihak oleh berkuasa.

“Saya ucapkan takziah dan simpati mendalam kepada para mangsa dan keluarga mereka.

“Kerajaan Malaysia sedang giat berusaha dalam memastikan semua yang terkesan dengan tragedi tersebut diberikan bantuan secepat mungkin,” katanya kenyataan itu.

Dalam pada itu, Wisma Putra turut mendoakan keselamatan mangsa serta pihak yang terlibat dengan operasi mencari dan menyelamat.

Kejadian tanah runtuh yang berlaku pada jam 2.42 pagi semalam membabitkan 94 individu, termasuk pekerja tapak perkhemahan.

Setakat malam tadi, seramai 12 orang dilaporkan hilang, manakala 21 disahkan terkorban daripada keseluruhan 94 mangsa dalam kejadian itu.

Operasi mencari dan menyelamat 12 lagi mangsa terpaksa ditangguhkan semalam berikutan cuaca buruk sekitar tempat kejadian.

Bagaimanapun, operasi berkenaan diteruskan kembali pukul 7 pagi tadi.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles