Amaran angin kencang, laut bergelora hingga Isnin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di beberapa kawasan perairan negara yang dijangka berlaku sehingga Isnin ini.

MetMalaysia dalam laman sesawangnya memaklumkan, amaran kategori ketiga membabitkan kejadian angin kencang utara berkelajuan 60 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak melebihi 4.5 meter (m) dijangka berlaku di kawasan perairan Condore, barat laut Reef North.

Menurut kenyataan itu, amaran kategori kedua pula dengan angin kencang berkelajuan 50 sehingga 60 Kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 hingga 4.5 m dijangka berlaku di perairan Condore, timur laut dan barat daya Reef North.

“Keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” kata kenyataan itu.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan utara Bunguran, tenggara Reef North, utara Reef South, Layang-Layang, Labuan, Palawan dan Sulu.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” ujarnya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles