Pukul guna penyangkut baju, bapa pelakon remaja direman semula

SHAH ALAM – Bapa kepada pelakon remaja perempuan yang dikaitkan dengan kes amang seksual direman semula hari ini.

Lelaki berusia 43 tahun itu direman empat hari untuk membantu siasatan susulan laporan polis dibuat pelakon berusia 15 tahun itu yang mendakwa suspek memukulnya menggunakan penyangkut baju pada 2014.

Terdahulu, tempoh tahan reman berkaitan kes cabul dan pengabaian yang dihadapi lelaki berkenaan tamat semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001.

Pada 6 September lalu, suspek ditahan di kediamannya di Kedah, sebelum ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, sehingga semalam.

Perintah reman dikeluarkan untuk membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencabul, selain Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001 atas kesalahan mengabaikan seorang kanak-kanak dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan memiliki bahan lucah.

Baru-baru ini, pelakon remaja itu mendedahkan sikap buruk bapanya ketika ditemubual dalam satu program di YouTube.

Pelakon itu mendakwa bapanya melakukan gangguan seksual terhadapnya, selain turut memperlakukan ibunya dengan teruk.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles